Keadaan padang punca Chelsea tewas

Iklan
Tuchel. - Foto The Times

KEADAAN padang yang tidak elok di Stamford Bridge dilihat menjadi penyumbang kekalahan 2-4 Chelsea kepada seteru utamanya, Arsenal.

Pengendali Thomas Tuchel berkata, meskipun mengakui ia kedengaran seperti alasan yang tidak munasabah, namun dia menegaskan faktor padang menjadi punca kepada gol pembukaan Arsenal yang dijaringkan Eddie Nketiah.

Iklan
Iklan

"Keadaan padang pada perlawanan ini benar-benar menyukarkan kami. Mungkin ia kedengaran seperti alasan yang tidak logik, tetapi anda boleh melihatnya ketika Nketiah menjaringkan gol pertama Arsenal.

"Bola dilihat melantun dengan pelik pada perlawanan ini dan ia menyukarkan pemain untuk bermain dengan baik" katanya.

Iklan

Pada perlawanan tersebut, Arsenal berjaya mendahului Chelsea sebanyak dua kali pada babak pertama menerusi Nketiah pada minit ke-13 dan Emile Smith-Rowe pada minit ke-27.

Namun pelawat terpaksa kembali bertahan selepas jaringan penyamaan Timo Werner dan Cesar Azpilicueta.

Iklan

Nketiah sekali lagi mengembalikan kelebihan buat pelawat pada minit ke-57 sebelum pemain sayap Arsenal, Bukayo Saka melengkapkan kemenangan apabila menyempurnakan penalti pada minit ke-92 selepas dikasari Azpilicueta.

Kekalahan tersebut bagaimanapun tidak memberi kesan kepada kedudukan Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris apabila masih kekal berada di kedudukan ketiga dengan mengutip 62 mata dalam 31 perlawanan.