Covid-19: 16 kematian baharu, lapan BID

Iklan
KKM melaporkan 16 kematian baharu akibat Covid-19 termasuk lapan daripadanya membabitkan kematian 'brought-in-dead' (BID) setakat tengah malam Rabu. Foto hiasan

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 16 kematian baharu akibat Covid-19 termasuk lapan daripadanya membabitkan kematian di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID) setakat tengah malam Rabu.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian berpunca daripada pandemik itu kini seramai 35,465 orang.

Iklan
Iklan

Menurut data KKM di portal CovidNow, daripada jumlah itu keseluruhan kematian BID yang dicatatkan seramai 7,505 orang.

Sementara itu, kes jangkitan baharu yang direkodkan adalah 6,968 kes menjadikan jumlah kes aktif setakat ini seramai 90,724 orang.

Iklan

Daripada jumlah itu juga, 88,489 individu atau 97.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dan seramai 183 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sejumlah 1,955 atau 2.2 peratus lagi dirawat di hospital dengan 67 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Iklan

Kes ICU melibatkan 34 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 63 pesakit pula memerlukan mesin ventilator.