Tunda kereta parkir sesuka hati: DBKL

Iklan
Kenderaan yang parkir pada bahu jalan di Dataran Merdeka ditunda penguat kuasa DBKL

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengingatkan warga kota meletakkan kenderaan di tempat yang betul bagi mengelak kenderaan mereka ditunda.

DBKL menerusi kemas kini di Facebook pada Khamis berkata, menjelang perayaan Aidilfitri beberapa kawasan hotspot terus menjadi tumpuan pengunjung antaranya Dataran Merdeka, Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Bukit Bintang.

Iklan
Iklan
Penguat kuasa DBKL membuatkan kawalan di Jalan TAR bagi memastikan tiada kenderaan memarkir kenderaan secara sesuka hati di bahu jalan.

Menurut kenyataan itu, DBKL boleh mengambil tindakan penguatkuasaan termasuk tunda terhadap kenderaan yang diparkir secara sesuka hati.

"Perayaan tetap perayaan tetapi peraturan perlu dipatuhi. Anda mungkin rasa senang dan mudah untuk parkir di tepi jalan tetapi anda telah menyukarkan pengguna lain," katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Khamis.

Iklan

Tambah kenyataan tersebut, penguat kuasa bertugas akan memantau lokasi hotspot bagi memastikan kelancaran trafik.

Keadaan di Dataran Merdeka melibatkan kenderaan parkir di bahu jalan.

"Kehadiran kami adalah untuk memastikan peraturan dipatuhi bukan menyukarkan anda. Kita wajar saling faham memahami dan bantu membantu.

Iklan

"Ingat perayaan tetap menjelma tapi jangan abai peraturan dan rancang perjalanan anda," ujar kenyataan itu.