Angka korban ribut di Filipina cecah 224 orang, 174 lagi hilang

Iklan
Megi membawa hujan lebat di wilayah tengah dan selatan Filipina pada 10 April lalu, mengakibatkan kejadian banjir dan tanah runtuh di beberapa perkampungan di wilayah Leyte. Foto Getty Images

MANILA - Angka kematian akibat tanah runtuh dan banjir di Filipina dicetuskan ribut tropika Megi meningkat kepada 224, manakala 147 masih hilang, menurut Majlis Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan pada Khamis.

Sebanyak 221 kematian direkodkan di wilayah tengah dan tiga lagi terkorban di selatan negara itu, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Megi membawa hujan lebat di wilayah tengah dan selatan Filipina pada 10 April lalu, mengakibatkan kejadian banjir dan tanah runtuh di beberapa perkampungan di wilayah Leyte.

Filipina adalah antara negara paling terdedah kepada bencana alam di dunia, terutamanya kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik dan Taufan Pasifik.

Iklan
Iklan

Secara purata, negara itu mengalami 20 ribut taufan setiap tahun dengan Megi ribut pertama melanda negara Asia Tenggara itu tahun ini. - Bernama