Kerajaan Johor timbang lantik wakil rakyat tanpa pilihan raya

Iklan
Mesyuarat Pertama bagi penggal pertama DUN Johor yang berlangsung pada Khamis.

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor mempunyai cadangan untuk melaksanakan inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan bagi memberi peluang kepada kepimpinan daripada generasi muda.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, usaha itu juga sebagai salah satu teras utama yang sesuai bagi memperkasakan lagi peranan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Iklan
Iklan

"(Pemerkasaan DUN Johor) kita boleh tengok dan melibatkan beberapa pemimpin anak muda di luar sana untuk menjadi ADUN lantikan seperti beberapa negeri lain yang pernah buat, ini kita akan pertimbangkan.

"Namun ini hanya cadangan, kerana saya perlu mendapatkan pandangan daripada semua Exco dan ADUN lain sebelum kita buat keputusan. Ini adalah wajar kalau kita nak tengok kesinambungan pemimpin negara kita di masa akan datang," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Pertama DUN Johor ke-15 di Kota Iskandar di sini, pada Khamis.

Pada sesi sama, ADUN Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi turut mengangkat sumpah sebagai Speaker DUN Johor baharu yang mana merupakan satu-satunya calon yang dicadangkan Onn Hafiz.

Iklan

Dalam pada itu, Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri juga mempunyai cadangan untuk mewujudkan jawatankuasa pemilih sebagai pemudah cara untuk perbincangan melibatkan ADUN kerajaan dan pembangkang.

"Jawatankuasa pemilih yang mahu dilaksanakan ini, bukan sahaja membincangkan perkara dalam kalangan wakil rakyat kerajaan tetapi boleh melibatkan perbincangan dengan Ketua Pembangkang.

"Semuanya adalah bagi memudahkan cara kita untuk membincangkan hala tuju dewan yang mulia ini sekali gus memberi manfaatnya kepada kebajikan rakyat secara keseluruhan,” katanya.