Bapa cabul anak dijel 20 tahun

Iklan
Tertuduh (tengah) mengaku salah mencabul anak gadisnya.
KOTA BHARU - Seorang penoreh getah dihukum penjara 20 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan mencabul anak gadisnya.

Tertuduh yang berusia 36 tahun dihukum oleh Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut kesemua pertuduhan itu, tertuduh didakwa dengan maksud seksual mencabul anak gadisnya itu ketika mangsa berusia 13 tahun 11 bulan sehingga 14 tahun lapan bulan.

Iklan
Iklan

Kesalahan dilakukan oleh tertuduh di sebuah rumah di Rancangan Perumahan Tersusun di Kuala Krai antara jam 1.30 pagi hingga 2.30 pagi pada awal Julai tahun lalu, 2 April, 7 April dan 8 April lalu.

Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 Akta yang sama bersama Seksyen 16 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum itu, Abu Arsalnaa memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran kepadanya dan juga masyarakat.

Iklan

"Sebagai bapa tertuduh yang sepatutnya membela anak daripada sebarang bahaya.

"Saya mohon hukuman yang setimpal diberikan kerana kes seperti ini semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini,” katanya.

Tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman bagi keempat-empat pertuduhan yang bakal dihadapinya berjalan secara serentak.

"Saya merayu jasa baik mahkamah untuk meringankan hukuman kerana mempunyai isteri dan enam orang anak di bawah tanggungan saya,” katanya.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan yang diarahkan berjalan secara berasingan menjadikan hukuman penjara selama 20 tahun dan lapan sebatan perlu dijalaninya.

Tempoh hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada 9 April lalu.