Upin Ipin pula jadi mangsa

Iklan

FILEM animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal menjadi mangsa terbaharu rakaman haram di dalam pawagam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) Malaysia, Ahmad Idham Ahmad Nazzri, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh penerbit Les' Copaque Production, Burhanuddin Radzi.

Iklan
Iklan

"Produser filem ini mengadu kepada saya babawa sudah ada penonton merakam visual empat minit dan memuat naik di YouTube.

"Mujurlah, kami (Finas) mempunyai pasukan khas yang sememangnya bertindak memantau perkara ini serta berjaya memadamkan rakaman tersebut daripada terus viral,” katanya kepada sebuah portal akhbar berbahasa Melayu.

Iklan
Upin Ipin jadi mangsa rakaman haram di dalam pawagam.

Bagi kesalahan merakam secara haram, mana-mana pihak atau individu boleh didakwa di bawah Akta Hak Cipta 1987 dengan pesalah boleh dikenakan tindakan dan denda sehingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Penghasilan filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal menelan belanja RM20 juta dan mengambil masa lima tahun untuk disiapkan dengan 100 peratus kepakaran anak tempatan mula ditayangkan sejak 21 Mac lalu.

Iklan