Everton miliki kualiti kekal di EPL

Iklan
Richarlison penyelamat Everton ketika melayan kunjungan Leicester City di Goodison Park.- Foto Everton Football Club

EVERTON mampu mengekalkan status Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan sekiranya konsisten mempamerkan persembahan menakjubkan dalam baki saingan liga.

Malah menurut pengendali Everton, Frank Lampard, keazaman itu hadir dalam karakter setiap pemain The Toffees ketika bangkit ketinggalan satu gol untuk mengikat Leicester City.

Iklan
Iklan

"Sejujurnya itu adalah sesuatu yang kami mahu ubah. Memandangkan peluang datang dan pergi sepanjang permainan ini - Seamus (Coleman) mempunyai peluang yang baik begitu juga dengan Richy (Richarlison).

"Sesuatu yang kami tidak dapat melakukannya dengan cukup baik sepanjang saya di sini ialah mencipta keputusan seri apabila sama ada pasukan tidak bermain atau sebaliknya.

Iklan

"Sepatutnya pasukan tidak berdepan masalah tampil cemerlang berdasarkan prestasi semasa separuh masa pertama dan kedua sama seperti ketika berdepan West Ham United dan Burnley.

"Biarpun begitu saya percaya selagi kami kekal dalam perlawanan dan terus berjuang dalam perlawanan maka segalanya mungkin...,” katanya.

Iklan

Pada aksi di Goodison Park itu, anak buah Brendan Rodgers terlebih dulu di depan hasil jaringan Harvey Barnes seawal minit kelima sekali gus memimpin perlawanan separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua ketika The Foxes seakan berpeluang membawa pulang tiga mata, Richarlison muncul penyelamat The Toffees dengan gol penyamaan pada minit ke-92'.