Cef Ammar, MBSA agih 1,000 bungkus nasi Arab percuma untuk anak yatim

Iklan
Cef Ammar (tiga, kiri) menyerahkan bungkusan nasi Arab kepada anak yatim sempena program Sumbangan Juadah Berbuka Puasa anjuran bersama MBSA di Bazar Ramadan Seksyen 13, Shah Alam, pada Khamis.

SHAH ALAM - Cef Ammar Al-Ali atau dikenali sebagai Cef Ammar mengagihkan sebanyak 1,037 bungkus nasi Arab secara percuma kepada anak-anak yatim di Bazar Ramadan Seksyen 13, Shah Alam, pada Khamis.

Program Sumbangan Juadah Berbuka Puasa anjuran bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu melibatkan anak-anak yatim dari 20 buah rumah anak yatim di sekitar Shah Alam.

Iklan
Iklan

"Walaupun berdepan pelbagai cabaran pada tahun ini namun saya tetap tekad untuk berkongsi rezeki seperti tahun-tahun sebelum ini kerana dalam hidup kita perlu memberi supaya kehidupan kita seimbang," katanya ketika ditemui dalam tersebut program yang turut dihadiri Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Mohd Najwan Halim.

Mengenai pendapatannya dan jumlah bungkusan nasi Arab terjual dalam sehari, Cef Ammar berkata, beliau bersyukur dengan rezeki yang telah diberikan oleh ALLAH kepadanya.

Iklan

"Saya bersyukur kerana ini kerja saya untuk mendapatkan rezeki. Saya buat kerja dengan baik dan Alhamdulillah, saya bukan orang kaya tetapi kehidupan saya senang dan itu yang penting," katanya.

Dalam pada itu, Cef Ammar menafikan menutup kedai utama nasi Arab miliknya di USJ 4, Subang Jaya sebaliknya hanya tidak meneruskan operasi menjual nasi Arab di Bazar Ramadan USJ 4.

Iklan

"Orang ramai salah faham sedangkan kedai masih beroperasi termasuk menyediakan makanan untuk 'runner'," katanya.

Sementara itu, Mohd Rashidi berkata, MBSA komited dalam melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama individu dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu golongan memerlukan.

"Bantuan dan sokongan ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) 17," katanya.