KUCHING- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah di Masjid Jamek Negeri di sini malam ini.
Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah ke majlis itu pada 6.30 petang diiringi oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.