SPRM siasat dakwaan pegawai berlaku kasar

Iklan
Tangkap layar tular dakwaan pegawai SPRM berkelakuan kasar dan menghalau ahli-ahli parti politik dari perkarangan bangunan SPRM.

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius dan akan membuat siasatan lanjut berkenaan dakwaan melibatkan pegawainya yang berkelakuan kasar dan menghalau ahli-ahli parti politik dari perkarangan bangunan SPRM.

SPRM dalam kenyataan berkata, sekiranya kejadian kira-kira jam 11.00 pagi Khamis didapati berlakunya salah laku, suruhanjaya tersebut akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Iklan
Iklan

"Merujuk video yang tular menerusi akaun Twitter sebuah parti politik yang mendakwa kononnya seorang pegawai berlaku kasar dan menghalau ahli-ahli parti tersebut dari perkarangan bangunan SPRM, Suruhanjaya ingin memperjelaskan isu itu agar tidak menimbul kekeliruan kepada orang ramai.

"Harus diperjelaskan bahawa berdasarkan peraturan Kawasan Larangan Tempat Larangan (KLTL) yang diwarta terhadap bangunan tersebut, Bahagian Keselamatan SPRM hanya membenarkan tiga orang wakil pihak luar untuk masuk ke perkarangan dan dalam bangunan SPRM bagi bertemu pegawai bertugas untuk membuat aduan.

Iklan

"Rakaman video dan kamera juga tidak dibenarkan dalam KLTL tersebut tanpa kebenaran pihak Pengurusan Tertinggi SPRM,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Bagaimanapun, SPRM berkata, didapati kira-kira tujuh daripada 25 individu dalam kumpulan itu telah masuk secara berdua-dua ke perkarangan SPRM sehingga ke pintu utama bangunan.

Iklan

"Individu-individu ini juga tidak mematuhi peraturan KLTL kerana merekod video ketika berada di perkarangan dan dalam bangunan SPRM,” ujarnya.

Sementara itu, SPRM juga mengesahkan sudah menerima maklumat daripada ahli Parti Sosialis Malaysia, Dr Jeyakumar Devaraj yang membabitkan dakwaan isu penyelewengan dalam urusan tanah kerajaan di Perak.

"SPRM akan mengkaji dan meneliti terlebih dahulu maklumat ini sebelum sebarang tindakan lanjut dijalankan,” jelasnya.