Isu Rohingya: Cari jalan penyelesaian terbaik

Iklan
Kerajaan dapat menyelesaikan isu PATI tersebut dengan kaedah yang baik tanpa sebarang kekerasan yang digunakan.

SHAH ALAM - Baru-baru ini negara digemparkan dengan seramai 528 pelarian etnik Rohingya melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud memaklumkan, tahanan berkenaan melarikan diri dengan memecahkan pintu blok dan gril penghadang.

Iklan
Iklan

Rusuhan itu dipercayai berlaku selepas sekumpulan warga asing gagal mendapatkan bekalan ubat untuk rakan mereka yang sedang sakit di pusat tahanan berkenaan.

Difahamkan, seramai 104 tahanan Rohingya masih bebas dan sedang diburu pihak berkuasa dengan tambahan bantuan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Unit Anjing Pengesan (K-9).

Iklan

Terdapat pelbagai gesaan dan cadangan yang dikemukan oleh pelbagai pihak kepada kerajaan dalam menyelesaikan isu tersebut.

Ketua Kluster Governans dan Integriti Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, Malaysia perlu segera bertindak dan mendesak satu perjanjian multilateral di peringkat antarabangsa bagi menangani isu ini.

Iklan

Menurutnya, ia sekali gus membolehkan isu itu dibawa kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Dengan cara itu, negara asal pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pelarian serta negara-negara maju yang lain perlu menerima PATI dan pendatang-pendatang politik daripada Myanmar.

Peguam, Norman Fernandez pula berkata, kerajaan Malaysia disarankan untuk mengadakan rundingan diplomatik bersama OIC sebagai usaha membawa keluar segera PATI bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh kerajaan.

Menurutnya, sekiranya setiap 57 negara Islam mengambil 1,000 pelarian Rohingya yang tinggal di Malaysia dan memberi penempatan negara ketiga, maka bilangan mereka di sini akan berkurang.

Justeru, kerajaan diminta dapat menyelesaikan isu PATI tersebut dengan kaedah yang baik tanpa menggunakan sebarang kekerasan