Rakyat Thai mengundi buat pertama kali

Iklan
Perdana Menteri, Prayuth Chan-o-cha membuang undi di pusat pengundian di Bangkok.

BANGKOK - THAILAND. Kira-kira 50 juta rakyat Thailand mengundi buat pertama kali hari ini sejak insiden rampasan kuasa pada 2014.

Jumlah pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab dijangka meningkat berbanding pilihan raya pada 2011 susulan menerima titah saat akhir yang disampaikan Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn yang meminta rakyat menyokong pemimpin yang 'baik' dan mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Iklan
Iklan

Lebih tujuh juta pengundi berumur antara 18 dan 26 tahun layak untuk membuang undi buat pertama kali yang mana golongan itu diharap dapat mengubah landskap politik di Thailand yang telah berada di bawah pemerintahan junta tentera sejak lima tahun lalu.

Seluruh stesen TV di negara itu turut menyiarkan titah Vajiralongkorn sebelum pusat pengundian dibuka di seluruh negara.

Iklan

Istana dalam satu kenyataan yang tidak pernah dikeluarkan menjelang pilihan raya mengulangi titah mendiang Raja Bhumibol Adulyadej pada 1969 yang menggesa rakyat menyokong 'orang yang baik' untuk mentadbir dan mengawal golongan yang tidak baik bagi mengelakkan sebarang kekacauan timbul.

Vajiralongkorn sekali lagi menggesa rakyat supaya 'ingat dan sedar' dengan pesanan ayahandanya yang mangkat pada 2016.

Iklan

Sementara itu, ketua tentera di bawah institusi yang telah melancarkan 12 rampasan kuasa sejak 90 tahun lalu turut menyambut baik kenyataan istana tersebut.

Selepas beberapa tahun demokrasi dinafikan di negara itu, kebanyakan pengundi berasa sangat teruja untuk memilih kerajaan baharu.

Bagaimanapun, segelintir ahli politik bimbang proses itu bakal menemui jalan buntu susulan penguatkuasaan peraturan baharu pilihan raya yang menyekat peluang mana-mana parti tunggal memperoleh majoriti Parlimen yang selesa.

"Rakyat mahu mengundi," kata ahli perniagaan, Apiyada Svarachorn di pusat pengundian di Bangkok sambil menambah orang ramai masih 'berpecah kepada dua bahagian'.

"Saya sangat teruja dengan pilihan raya ini," kata Dr Wasa Anupant, 28.

Sebanyak 81 parti bertanding dalam pilihan raya pada kali ini dengan ribuan calon mewakili 350 kawasan pilihan raya manakala 150 anggota Dewan Perwakilan akan dipilih daripada senarai parti di bawah sistem perwakilan berkadar. - Agensi