BEKAS tunang kepada aktor Remy Ishak, Ezza Yusof, memilih untuk membuka lembaran baharu dalam hidup sempena hari jadinya yang ke-36, hari ini.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, pemilik jenama kasut, 2morrow, turut berazam untuk berhenti dari bercerita kisah lama dan membina semula hidupnya.
"24.3.2019. Alhamdulillah, Happy Birthday to me! Mari mulakan hari istimewa ini dengan tenaga baharu! Insya-ALLAH, bermula hari ini, saya akan berhenti bercerita mengenai kisah lama dan membina semula hidup saya.
"Rahsia untuk berubah adalah fokus segala tenaga, bukan berlawan dengan yang lama, tetapi bina yang baharu.
"Malah jika saya ada masa sukar, saya tahu kejayaan akan datang dan saya akan lakukannya.
"Dan i akan lebih baik! Tidak ada apa yang dapat menghalang saya dan tiada sesiapa yang boleh memperlahankan saya. Sentiasa ingat segala yang terjadi ada sebabnya," tulisnya di Instagram miliknya.
Tidak ketinggalan, Ezza turut berterima kasih kepada semua pihak yang mengucapkan selamat hari lahir kepadanya.
Ini merupakan kenyataan pertama Ezza selepas Remy mengesahkan ikatan pertunangan yang dibina pada Mei 2017 telah putus sejak sebulan yang lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Remy Ishak sah putus tunang