KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama menghargai dan menghayati keindahan bumi, selain membudayakan gaya hidup lestari dan memelihara alam sekitar.
Menerusi catatan di Facebook Istana Negara pada Jumaat bersempena sambutan Hari Bumi 2022, Al-Sultan Abdullah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Bumi 2022 kepada seluruh rakyat Malaysia.