Maxis lancar kempen Riang Raya

Iklan
Kiub maya memaparkan persembahan pemuzik jalanan akan ditempatkan di NU Sentral, Kuala Lumpur dan Kota Bharu Mall, Kelantan.

MAXIS Berhad (Maxis) melancarkan kempen sempena Aidilfitri dengan mengetengahkan teknologi dan golongan orang kurang upaya (OKU).

Ketua Pegawai Pemasaran Maxis, Tai Kam Leong berkata, kempen Riang Raya Maxis itu memaparkan cara pemuzik jalanan golongan OKU mempersembahkan lagu raya melalui kiub maya.