Pas Leak: Cubaan meretakkan hubungan parti Melayu

Iklan
Idris

PUTRAJAYA- Naib Presiden Pas, Senator Datuk Idris Ahmad menyifatkan penyebaran dokumen yang didakwa sebagai minit mesyuarat Pas adalah cubaan meretakkan hubungan antara parti-parti Melayu.

Menurutnya, tindakan tersebut merupakan suatu perbuatan tidak bertanggungjawab.

Iklan
Iklan

"Orang mahukan ini. Ini kejayaan musuh kita apabila berlaku perpecahan di kalangan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

"Saya setuju dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Sampah," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran town hall dan buku Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera, dekat sini pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, dalam mesyuarat tertinggi parti, perkara tersebut tidak pernah dibincangkan.

"Saya ini pemimpin tertinggi Pas. Nama pun leak (bocor), sudah tentu tidak betul. Saudara (pemberita) pun mengaji bab media kan, nak ambil sumber ini biarlah"source" yang betul," katanya.

Iklan

Idris berkata, tindakan menyebarkan tangkap layar dokumen tersebut juga dilihat bagi meraih perhatian rakyat.

"Dia orang tak ada kerja lain la tu. Orang tak ada kerja lain nak bagi laku berita, berita pun nampak tak berapa nak laku," katanya.