Bubur lambuk pucuk miding, gamas di Kelantan

Iklan
Ida (kanan) mengagihkan bubur lambuk kepada pengunjung semasa Program Rasa Bubur Lambuk Perdana di Aeon Mall, Kota Bharu pada Jumaat.

KOTA BHARU - Pucuk miding dan gamas menjadi penambah rasa kepada hidangan bubur lambuk yang dibawakan oleh Majalah Rasa untuk rakyat Kelantan menerusi Program Rasa Bubur Lambuk Perdana pada Jumaat.

Editor Pengurusan Majalah Rasa, Ida Abdul Aziz berkata, bubur lambuk yang dibawa 'keluar' dari Shah Alam itu dimasak mengikut selera penduduk setempat yang dikunjungi oleh pihaknya.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun bahan asas untuk memasak bubur lambuk ini masih lagi dikekalkan, cuma kita olah mengikut negeri yang dikunjungi bagi mencipta sedikit kelainan.

"Hasrat kami supaya masyarakat di seluruh negeri dapat merasai keenakan rasa bubur lambuk yang sangat popular setiap kali bulan Ramadan ini," katanya ketika ditemui di Pasaraya Aeon Mall di sini pada Jumaat.

Iklan

Sebanyak 700 bekas bubur lambuk diagihkan kepada para pengunjung pasar raya berkenaan manakala 300 bekas lagi diagihan kepada anggota pasukan berunifom seperti polis, bomba dan petugas kesihatan.

Beliau berkata, program agihan berkenaan merupakan salah satu khidmat sosial Majalah Rasa kepada masyarakat yang turut mendapat kerjasama dari Aji-Shio selaku rakan penaja.

Iklan

"Hotel Perdana, syarikat penerbangan FireFly dan AEON Mall Kota Bharu turut menjadi rakan kerjasama dalam program ini.

"Ini merupakan tahun keempat penganjuran bubur lambuk dan buat julung kalinya ia diadakan secara besar-besaran di sini selepas dua tahun negara dilanda Covid-19," katanya.