Pelantun lagu 'Perajurit Tanah Air' Jamaludin Alias meninggal dunia

Iklan
Allahyarham Jamaludin Alias

KUALA LUMPUR - Pelantun lagu patriotik Perajurit Tanah Air, Jamaludin Alias, meninggal dunia hari ini.

Anaknya yang dikenali sebagai Fazli ketika mengesahkan perkara itu berkata, Allahyarham meninggal dunia pada usia 85 tahun kira-kira 5 pagi tadi akibat sakit tua.

Iklan
Iklan

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Tabung Haji, Kelana Jaya selepas solat Jumaat hari ini.

Jamaludin yang juga bekas pengulas sukan terkenal Radio Televisyen Malaysia (RTM) pernah bertugas ketika Sukan SEA Jakarta 1979 hingga Manila 1991, Sukan Asia Jakarta 1962 dan New Delhi 1982 serta Sukan Olimpik Barcelona 1992. - Bernama

Iklan
Iklan