Tiga maut terperangkap dalam kebakaran pusat karaoke

Iklan
Punca kematian kesemua mangsa masih belum diketahui dan siasatan lanjut masih dijalankan. Foto JBPM

ALOR SETAR - Dua lelaki dan seorang wanita ditemukan maut dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah pusat hiburan karaoke di Jalan Putra Mergong, dekat sini pada Jumaat.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Syufa'at Kamaron berkata, mangsa lelaki dikenali Jeffrey Tan Yan Wei, 30, dan Mark Barry, 32, manakala mangsa wanita pula dikenali Kim Mei Kit, 30.

Iklan
Iklan

"Mangsa pertama berjaya dijumpai pada jam 12:39 tengah hari di aras bawah di bilik VVIP, manakal mangsa kedua dan ketiga pula ditemui di bilik VVIP 2 pada jam 12:58 tengah hari.

"Ketiga -tiga mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Syufa'at berkata, seramai 21 anggota bomba terlibat dalam operasi ini selain turut mendapat bantuan dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Jalan Kundor, PBS Kampung Berjaya, PBS Taman Mutiara, PBS Kilang Tebu, PBS Kuala Kedah, PBS Seberang Nyonya, PDRM dan KKM.

"Sebaik pasukan operasi tiba di lokasi mendapati berlaku kebakaran kedai dan terdapat asap dalam bangunan dua tingkat berkenaan," katanya.

Iklan

Katanya, punca kematian kesemua mangsa masih belum diketahui dan siasatan lanjut masih dijalankan.