Miliki, bermain 'meriam spirit' boleh dikenakan tindakan: PDRM

Iklan
Gambar kecil: Aidi

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Individu yang bermain dan memiliki 'meriam spirit' boleh dikenakan tindakan undang-undang, tegas Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Aidi Ismail.

Beliau berkata, tindakan boleh diambil di bawah Akta Bahan Letupan 1957.

Iklan
Iklan

"Diingatkan bahawa memiliki dan bermain 'meriam spirit' ini adalah salah di sisi undang undang.

"Oleh itu, mereka yg bermain, menjual dan menyimpannya boleh ditangkap dan didakwa di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dan cuba membuat meriam ini kerana ia boleh menyebabkan kecederaan atau kerosakan harta benda.

Baru-baru ini, tular di media sosial Facebook dan Youtube berkenaan individu yang mengajar cara-cara untuk membuat 'meriam spirit' dengan menggunakan beberapa bahan seperti pemetik api, gam dan cecair minyak wangi.

Iklan

Selain itu, turut dikesan terdapat individu yang mempromosi serta menjualnya menerusi platform media sosial.