Rumah baharu untuk kucing terbiar

Iklan
Antara pencinta haiwan yang menjadikan kucing terbiar sebagai haiwan peliharaan.

SELAYANG - Kucing terbiar yang ditangkap Majlis Perbandaran Selayang (MPS) disediakan rumah baharu menerusi program 'Kucing Angkat –We Love Cat'.

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, program itu memberi peluang buat pencinta haiwan mendapatkan kucing peliharaan tanpa perlu mengeluarkan kos tinggi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebanyak 50 ekor kucing daripada pelbagai baka ditawarkan untuk dijadikan kucing angkat dan 13 ekor daripadanya berjaya diserahkan kepada pemilik baharu.

"Yang Dipertua MPS, Mohd Yazid Sairi tidak melepaskan peluang mengambil dua kucing terbiar itu untuk dijadikan haiwan peliharaan beliau.

Iklan

"Setiap individu yang mengambil kucing angkat berkenaan dikenakan bayaran serendah RM30 iaitu kos penjagaan haiwan berkenaan semasa berada di Depoh Tahanan Haiwan MPS," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mohd Yazid (tengah) mengambil dua kucing terbiar sebagai peliharaan di bawah program kucing angkat anjuran MPS.

Katanya, setiap peserta 'Kucing Angkat –We Love Cat' diberikan sijil penghargaan dan cenderahati daripada MPS sebagai menghargai komitmen membantu memelihara kucing terbiar tersebut.

Iklan

Tambahnya, MPS akan meneruskan program kesedaran dan mendidik masyarakat tentang haiwan jalanan menerusi kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) serta pemimpin setempat.

Katanya lagi, pengunjung yang berminat untuk mengambil kucing angkat tersebut boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS di talian 03-61266024 atau 03-61266080 untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.