Jual cencaru sumbat bakar RM1.50 seekor

Iklan
Muhamad Shafian tampil dengan idea 'gila' apabila menjual ikan cencaru sumbat bakar berempah pada harga RM1.50 seekor sejak satu Ramadan lalu di gerainya yang terletak di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
KOTA BHARU - Seorang lelaki tampil dengan idea 'gila' apabila menjual ikan cencaru sumbat bakar berempah pada harga RM1.50 seekor sejak satu Ramadan lalu di gerainya yang terletak di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini.

Muhamad Shafian Amran, 30, berkata, kenaikan harga bahan mentah tidak menghalangnya untuk berbuat demikian walaupun hanya mendapat keuntungan kecil dari hasil jualan itu.

"Mengambil keberkatan bulan Ramadan, saya niat untuk 'mengumpul' pahala bersedekah dengan menjual ikan tersebut pada harga RM1.50 seekor.

Iklan
Iklan
Orang ramai memenuhi gerai Muhamad Shafian seawal jam 3 petang untuk mendapatkan ikan cencaru bakar sumbat RM1.50 seekor.

"Saya akui serangan Covid-19 sejak dua tahun lalu meninggalkan kesan yang mendalam buat seluruh rakyat di negara ini sehingga ada kehilangan kerja dan sebagainya," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Menurutnya, gerai ikan bakar yang menggunakan resipi ibu mertua iaitu Rohaya Yaakob beroperasi bermula jam 3 hingga 6.30 petang setiap hari sepanjang Ramadan.

Iklan

Katanya, setiap hari sebanyak 1,000 ekor ikan cencaru bakar sumbat akan dijual.

Muhamad Shafian berkata, bekalan ikan segar itu dibeli secara terus dari Pantai Remis, Perak.

Iklan
Setiap hari sebanyak 1,000 ekor ikan cencaru bakar sumbat akan dijual.

"Saya hanya jual ikan bakar ini pada waktu petang sepanjang Ramadan sahaja.

"Waktu pagi pula saya berniaga ikan segar kepada penduduk setempat, begitu juga di luar bulan Ramadan," katanya.

Menurutnya, bekalan ikan itu akan diambil dua hingga tiga hari sekali untuk dijadikan sebaik stok.

Katanya, jika tidak mencukupi, dia akan terus ke Pantai Remis untuk mendapatkan bekalan itu.

"Selain cencaru, saya turut menjual ikan pari bakar pada harga RM6 seekor," katanya.