Lelaki maut motosikal langgar tiang elektrik

Iklan
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah.

KUALA PILAH - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas melanggar tiang elektrik di Kilometer 4 Jalan Sawah Lebar-Sungkak di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu mangsa, Muhamad Faizal Abdul Wahab, 40, meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda 115Z dalam perjalanan dari arah Jempol menghala ke Kuala Pilah.

"Namun sebaik sampai di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa telah hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar tiang elektrik di bahu jalan.

Iklan

"Kejadian itu mengakibatkan mangsa tercampak di tengah jalan dan alami parah serta disahkan meninggal dunia," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Menurutnya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini bagi tujuan bedah siasat.

Iklan

Ujarnya, ketika kejadian cuaca dalam keadaan baik dan keadaan jalan agak gelap tetapi berlampu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

.