NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres akan melawat Moscow pada 26 April dan dijadual bertemu dengan Presiden Vladimir Putin.
Selain itu, beliau juga dijadual mengadakan mesyuarat kerja dan menghadiri jamuan tengah hari dengan Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov, lapor Agensi Berita Xinhua memetik jurucakap Stephane Dujarric.