Seorang wanita dilihat tekun membaca buku semasa meluangkan cuti hujung minggunya di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, hari ini.
Tanggal 23 April merupakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia anjuran Pertubuhan Pelajaran, Saintifik, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang disambut setiap tahun di seluruh dunia sebagai tanda sokongan kepada budaya membaca, penerbitan dan hak cipta tempatan. - Foto Bernama