KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan pengguna Facebook dan Instagram supaya menukar kata laluan masing-masing jika menerima makluman yang kata laluan mereka terdapat dalam format yang boleh dibaca oleh kakitangan dalaman Facebook.
Suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini berkata pemeriksaan keselamatan rutin yang dijalankan Facebook pada Januari lepas mendapati wujudnya permasalahan itu.