PGA tumpaskan sindiket rokok seludup

Iklan
PGA menumpaskan satu sindiket penyeludupan rokok seludup menerusi dua serbuan di Kajang dan Seri Kembangan.

SHAH ALAM - Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas 3,350 karton rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM305,348 dalam dua serbuan berasingan di sekitar Seri Kembangan dan Kajang pada Jumaat.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 (Bn4) PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, sindiket tersebut disyaki aktif mengedar rokok seludup berkenaan untuk pasaran di sekitar Lembah Klang.

Iklan
Iklan

"Dalam serbuan pertama pada jam 10.30 pagi itu, dua lelaki tempatan berusia 22 dan 24 tahun serta seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun ditahan. Turut dirampas enam buah kenderaan yang di parkir di Pangsapuri Putra Impian, Seri Kembangan

"Hasil pemeriksaan menemui sejumlah rokok tidak bercukai pelbagai jenama yang disembunyikan di dalam kenderaan berkenaan dan merampas 3,030 karton rokok tidak bercukai dengan anggaran nilai sebanyak RM268,764 manakala nilai cukai berjumlah RM409,570," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan
Nilai keseluruhan rampasan barang kes dianggarkan bernilai RM943,054.

Mengulas lanjut, Rizal berkata, dalam serbuan kedua pula, pihaknya berjaya menahan seorang lagi ahli sindiket yang merupakan lelaki tempatan berusia 30 tahun di sebuah rumah di Taman Berlian, Sungai Jelok, di Kajang sekitar jam 6 petang.

"Hasil pemeriksaan, polis telah menjumpai 247 karton rokok tidak bercukai yang disembunyikan di dalam rumah terbabit serta 73 karton lagi disembunyikan di dalam kenderaan.

Iklan

"Turut dirampas adalah kenderaan terbabit dan telefon bimbit pelbagai jenama. Anggaran nilai rampasan sebanyak RM36,584 manakala anggaran nilai cukai rokok pula berjumlah RM42,836.00," katanya.

Beliau berkata, nilai cukai kesemua 3,359 karton rokok yang dirampas berjumlah RM452,496 manakala nilai keseluruhan rampasan barang kes dianggarkan bernilai RM943,054 termasuk tujuh kenderaan dan lima telefon bimbit.

Katanya, kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang dan IPD Kajang untuk membantu siasatan di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63.