SPRM siasat Hakim Nazlan

Iklan
Mohd Nazlan

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

The Star melaporkan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa siasatan terhadap Mohd Nazlan telah dimulakan berhubung dakwaan wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya.

Iklan
Iklan

"Ya, kami telah memulakan siasatan kami. Prosedur biasa yang kita lakukan adalah menyiasat apabila menerima laporan secara rasmi.

"Kertas siasatan dibuka kerana ada laporan dibuat dan bukannya kerana tuntutan dibuat di portal atau media sosial,” katanya.

Iklan

Azam menambah, siasatan masih di peringkat awal dan pihaknya akan membuat keputusan sama ada akan mencari dokumen berkaitan atau akan memanggil individu yang terlibat untuk disoal siasat.

Pada Khamis, Mohd Nazlan telah membuat laporan polis berhubung satu artikel bertajuk ‘Group calling for Najib’s pardon now wants judge Nazlan arrested’ dan ‘Shocking Revelation: Najib’s Trial Judge Nazlan’s Conflict-of-Interest Exposed’ bertarikh 14 Mac lalu.

Iklan

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam kenyataan media berkata, tuduhan itu adalah palsu, tidak berasas serta berniat jahat untuk menjatuhkan kredibiliti Nazlan sebagai hakim, selain mengganggu sistem keadilan dan institusi kehakiman.

Laporan polis itu juga dibuat agar siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan peruntukan undang-undang lain yang berkaitan dapat dijalankan.