Wanita diserang selepas rakam aksi suspek cuba mengurat

Iklan
Polis berjaya menahan kedua-dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian pada Khamis lalu di hadapan Sekolah Kebangsaan Kiaramas, Persiaran Dutamas, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian cubaan samun dan mencederakan seorang wanita menggunakan kayu dalam kejadian pada Khamis lalu di hadapan Sekolah Kebangsaan Kiaramas, Persiaran Dutamas.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, motif kejadian tersebut dipercayai akibat suspek berang kerana dirakam oleh mangsa ketika cuba mengurat mangsa dan rakannya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam kejadian itu, kedua-dua suspek yang menaiki motosikal kemudiannya berpatah balik lalu menghampiri mangsa untuk merampas dan memadam rakaman video daripada telefon bimbit milik mangsa.

"Suspek pertama berusia 32 tahun ditahan pada jam 3.30 petang, Jumaat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Jinjang Utara. Suspek didapati mempunyai dua rekod jenayah lampau. Suspek pertama ini merupakan penunggang motosikal terbabit.

Iklan

"Suspek kedua merupakan lelaki berusia 34 tahun ditahan pada jam 11.20 pagi ditahan di PPR Taman Beringin pada Sabtu. Semakan mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan pihak polis sedang mengesan dua lelaki yang dilaporkan cuba untuk menyamun dan mencederakan seorang pelajar wanita warga asing yang berusia 26 tahun.

Iklan

Ketika kejadian, mangsa bersama seorang lagi rakannya yang juga merupakan wanita warga asing, sedang berjalan kaki menuju ke Pusat Beli Belah Publika sebelum didatangi suspek.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak polis turut menemui dan merampas kayu serta motosikal yang digunakan oleh kedua-dua suspek dalam kejadian tersebut.

"Suspek mengaku telah memukul mangsa dengan kayu tersebut dan mengaku hendak mengurat mangsa tetapi tidak dilayan," katanya.

Katanya, kedua-dua suspek akan direman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 393/323 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun dan mendatangkan kecederaan.