TFC lega benam Gergasi Merah

Iklan
Tchetche (kiri) bersama rakan-rakan sepasukannya meraikan jaringannya ketika berdepan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Jumaat. - FOTO FB TERENGGANU FC

PENGENDALI Terengganu FC, Nafuzi Zain nyata berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan anak-anak buahnya ketika menewaskan Selangor FC 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Jumaat.

Menurut Nafuzi, pemain-pemain muda yang diturunkan tidak mensia-siakan peluang yang dimiliki apabila membalas kepercayaan itu dengan menampilkan aksi cemerlang, sekali gus membuktikan bahawa mereka layak berada dalam kesebelasan utama.

Iklan
Iklan

"Saya amat berpuas hati dengan dengan pemain TFC yang telah menunjukkan karakter masing-masing sejak awal permainan.

"Meskipun pada perlawanan ini kami hilang banyak pemain akibat kecederaan, namun saya bangga kerana mereka berjaya mendapatkan tiga mata penuh," katanya.

Iklan

Pada perlawanan tersebut, skuad Penyu berjaya melakar kemenangan ke atas Gergasi Merah menerusi jaringan Faisal Halim dan Kipre Tchetche.

Sementara itu, pengendali Selangor, Michael Feichtenbeiner berang dengan barisan pemainnya yang gagal memanfaatkan peluang terhidang sehingga menjadi punca kepada kekalahan pertama mereka musim ini.

Iklan

"Kami bermula baik dengan mendominasi permainan selain mencipta banyak peluang pada awal 20 minit pertama sekali gus memberi keyakinan kepada saya.

"Namun, selepas jaringan pertama TFC yang juga percubaan tepat pertama lawan, ia bagaikan memberi kesan kepada motivasi pemain kami.

"Sepatutnya kedudukan ketika awal separuh masa kedua berubah menjadikan 1-1 selepas kami memperoleh peluang terhidang untuk menjaringkan gol, tapi juga gagal diterjemahkan pemain," jelasnya.