Rekod daftar pemilih hilang?

Iklan

SHAH ALAM - Pengguna media sosial hari ini meluahkan kerisauan susulan rekod daftar pemilih dalam talian mereka dikatakan hilang.

Salah seorang pengguna Facebook, Biswardi Hasbi mendakwa, dia telah membuat semakan di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan daftar pemilih tetapi hasilnya menunjukkan rekod tidak ditemui.

Iklan
Iklan

"Saya nak tanya soalan pada SPR, kenapa tiada rekod ditemui atas nama saya setelah saya memasukkan nombor kad pengenalan, sedangkan sebelum PRU14 nama saya masih ada dalam rekod simpanan SPR," tulisnya di Facebook.

Status Facebook tersebut turut dikongsi oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Iklan

"Ada beberapa kawan-kawan saya juga mengadu nama mereka sebagai pengundi sudah tiba-tiba hilang. Adakah ini akan memberi impak kepada PRK Rantau yang akan datang?," soalnya.

Di ruangan komen Facebook Najib, beberapa pengguna lain turut mendakwa mengalami masalah sama.

Iklan

Nadhrah Murad berkata:"Saya baru semak tiga hari lepas, nama saya ada. Hari ini semak tak ada! Rekod tidak ditemui."

Hairil Azuin Md Akil pula berkata:"Apa ni. Aku bukan pengundi Rantau pun tapi rekod tidak ditemui. Kalau nak buat pembersihan daftar pemilih pun agak-agaklah."

Sementara itu, SPR dalam maklum balasnya kepada Sinar Harian menyatakan pihaknya sedang menjalankan semakan berhubung perkara tersebut.