PM berbuka puasa bersama warga Bera

Iklan
Ismail Sabri (dua dari kanan) yang juga Ahli Parlimen Bera beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Bera Pahang di Seri Perdana malam ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berbuka puasa bersama-sama warga Bera, Pahang di kediaman rasminya di Seri Perdana, di sini.

Majlis dihadiri kira-kira 600 tetamu pelbagai lapisan umur dari Bera.

Iklan
Iklan

Majlis turut diserikan dengan kehadiran 40 anak yatim dan asnaf dari sekitar kawasan Bera.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera, meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama tetamu yang hadir.

Iklan
Iklan

Selepas berbuka puasa, beliau menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama tetamu yang hadir. - Bernama