Lemang Pak Tam

Iklan

Penjual lemang di Lahar Yooi, di Tasek Gelugor, menjangkakan penjualan lemang pada Aidilfiitri tahun ini meningkat berikutan Fasa Peralihan ke Endemik selepas masyarkat bergelut dengan pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu.

Mohamad Sobberi Harun, 64, yang lebih mesra dipanggil sebagai Pak Tam mula sibuk membuat lemang yang ditempah pelanggan pada bulan Ramadan.

Iklan
Iklan

Beliau yang meneruskan legasi arwah bapanya hampir lima dekad, akur dengan dugaan yang dihadapi ekoran penularan pandemik tersebut sehingga hampir kesemua sektor perniagaan lumpuh.

Tambahnya lagi, beliau mengakui sejak dua tahun lalu jualan lemangnya merosot dan tidak seperti sebelum ini.

Iklan
Iklan

Katanya, sebelum pandemik tersebut beliau mampu menjual sekitar 2,500 batang lemang pada musim perayaan dengan harga jualan antara RM18 hingga RM20 bergantung kepada saiz lemang. Kelihatan seorang pekerja, Mohammad Syawani Che Ahmad, 35, mengawal api ketika membakar lemang. - Foto Bernma