Jaringan Messi pacu PSG julang gelaran ke-10 Ligue 1

Iklan
Messi meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan apabila membantu PSG untuk dinobatkan sebagai juara Ligue 1 buat kali ke-10 pada Sabtu.

PARIS Saint Germain (PSG) dinobatkan sebagai juara Ligue 1 biarpun masih berbaki empat perlawanan selepas seri 1-1 menentang Lens di Parc des Princes pada Sabtu.

Pada perlawanan tersebut, penyerang sensasi PSG, Lionel Messi membuka tirai jaringan menerusi sepakan lencong pada minit ke-68 sebelum Lens menyamakan kedudukan menerusi Corentin Jean pada minit akhir perlawanan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, kejayaan PSG memenangi kejuaraan buat kali ke-10 itu bagaimanapun tidak diraikan beberapa penyokongnya sebagai tanda protes kepada kegagalan The Parisians dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

"Ia suasana yang sangat memalukan buat kami. Bola sepak adalah minat kami sejak kecil lagi dan kami cuba untuk menikmatinya sebaik mungkin.

Iklan

"Ia satu yang menyedihkan apabila ada sesetengah penyokong tidak meraikan kejayaan kami ini. Bagaimanapun kami terpaksa menerimanya dengan hati yang terbuka,” kata kapten PSG, Marquinhos.

Turut meluahkan rasa kecewa adalah pemain tengah, Marco Veratti yang meminta peminat agar segera melupakan kegagalan PSG di pentas Eropah dan meraikan kejayaan memenangi liga pada musim ini.

Iklan

"Saya tidak faham kenapa ada sesetengah penyokong tidak meraikan kejayaan ini ketika kami memenangi liga.

"Saya tahu mereka kecewa ketika kami tumpas kepada Madrid, tetapi sudah tiba masanya perkara itu dilupakan," ujarnya.