Piala Raja Sepanyol milik Real Betis

Iklan
Pemain Real Betis raikan kejayaan menjuarai Piala Raja Sepanyol selepas tewaskan Valencia dalam perlawanan akhir di Seville.

KEJAYAAN Real Betis menjulang kejuaraan Piala Raja Sepanyol disifatkan satu penghormatan buat para penyokong setelah sekian lama kelab tersebut kemarau kejuaraan domestik.

Malah menurut tonggak Real Betis, Joaquín, kejayaan dilakar Los Verdiblancos itu lebih manis apabila kejuaraan tersebut dijulang dalam perlawanan yang berlangsung di Estadio de La Cartuja.

Iklan
Iklan

"Memenangi kejuaraan ini di hadapan para penyokong dan di bandar kami selepas bertahun-tahun adalah satu pencapaian yang mengagumkan buat kelab ini

"Saya percaya kejayaan ini adalah hasil kerja keras bertahun-tahun yang menuntut komitmen semua dalam usaha membentuk semula kekuatan kelab ini.

Iklan

"Tahniah juga kepada Valencia kerana sekiranya mereka menang, selayaknya menang kerana ini merupakan permainan yang menakjubkan,” kata Joaquin yang menjadi pemain pertama memenangi dua kejuaraan dengan Betis.

Pada perlawanan di Estadio de La Cartuja itu Betis kendalian Manuel Pellegrini terlebih dulu di depan hasil jaringan Borja Iglesias pada minit ke-11 sebelum Hugo Duro menyamakan kedudukan buat anak buah José Bordalás di minit ke-30.

Iklan

Perlawanan berintensiti tinggi yang mempamerkan rentak permainan pantas selama 120 minit akhirnya terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 yang memihak Real Betis.