Masjid Temerloh Jaya guna solar jimat tenaga elektrik

Iklan
Masjid Temerloh Jaya menjadi masjid pertama di Pahang menggunakan tenaga solar.

TEMERLOH - Langkah Masjid Temerloh Jaya (MTJ) menggunakan tenaga solar boleh dicontohi masjid-masjid lain di negeri ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, pengurusan MTJ disifatkan berani melakukan perubahan demi kebaikan masjid serta alam sekitar.

Iklan
Iklan

"Untuk melakukan perubahan ini bukan satu langkah yang mudah dan usaha ini wajar dipuji.

"Usaha MTJ menggunakan tenaga solar sangat baik selain dapat menjimatkan tenaga elektrik ia juga dapat menjaga alam sekitar," katanya lagi.

Iklan

Beliau berkata sedemikian dalam ucapan sempena pelancaran projek solar MTJ di sini pada Jumaat lalu.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin; Ketua Perkhidmatan Bahagian Pelanggan TNB Pahang, Rozianis Mohd Noor dan Pengerusi MTJ, Dr Abdullah Ismail.

Iklan
Syed Ibrahim (tiga dari kiri) bersama Mohd Sharkar (tiga dari kanan), Rozianis (kiri) dan Abdullah (dua dari kanan) sempena pelancaran projek solar di Masjid Temerloh Jaya.

Dalam pada itu, Abdullah memberitahu, penggunaan tenaga elektrik yang tinggi menyebabkan masjid mencari alternatif sesuai.

"Bil elektrik mencecah hingga RM60,000 setahun dan apabila TNB Pahang mencadangkan penggunaan solar, pengurusan masjid bersetuju penjimatan kos yang akan dinikmati selain menyokong usaha menjaga alam sekitar.

"Kos pemasangan bernilai RM210,000 dan penjimatan ini boleh dinikmati pada Mei nanti," jelasnya lagi.