BACHOK - Gegar Boksing Pantai Timur yang akan berlangsung di Tapak Ekspo Pantai Irama bermula 29 Mac nanti akan dimeriahkan dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib bukan sahaja merasmikan kejohanan anjuran Pertubuhan Penyatuan Ummah Pantai Timur (Big Brothers) itu, malah akan meluangkan masa beramah mesra bersama peminat sukan boksing.
Pengerusi Big Brothers, Fauzwi Ismail berkata, Najib sudah menyatakan kesediaan untuk hadir memeriahkan kejohanan tersebut.