PENINJU Heavyweight, Tyson Fury memberi bayangan bahawa dia kini bersedia untuk bersara daripada arena sukan tinju.
Hasrat tersebut disuarakan peninju dengan jolokan 'Gypsy King itu selepas berjaya mengekalkan mahkota heavyweight WBC, setelah menewaskan Dillian Whyte dalam pertarungan sesama British di Stadium Wembley.
Iklan
Iklan
"Saya berjanji kepada isteri saya Paris, selepas tiga perlawanan (Deontay) Wilder, saya akan bersara. Ketiga-tiga perlawanan itu sangat hebat tetapi kemudian saya mendapat tawaran bertarung di Wembley, saya rasa perlu melakukannya demi peminat.
"Ini mungkin perlawanan terakhir buat Gypsy King dan merupakan cara terbaik untuk meninggalkannya.
"Saya terharu dengan sokongan. Saya tidak percaya 94,000 orang datang ke sini malam ini untuk melihat saya beraksi,”katanya.