Aidilfitri: 28,000 tiket bas Konsortium E-Mutiara habis dijual

Iklan
Che Ibrahim (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan zakat kepada anak-anak yatim dan golongan asnaf serta miskin di Depo E-Mutiara Panji, Kota Bharu pada Ahad.

KOTA BHARU - Sebanyak 28,000 tiket bas ekspres Konsortium E-Mutiara ke semua destinasi di Semenanjung bagi perjalanan bermula Selasa (26 April) sehingga 2 Mei ini sempena sambutan Aidilfitri habis dijual.

Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail berkata, antara tiket paling laris bagi tempoh itu adalah bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, E-Mutiara akan menambah 30 trip perjalanan bas bagi menampung permintaan pengguna perkhidmatan itu sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Beliau berkata, pertambahan trip itu yang bermula pada Selasa meliputi bandar-bandar utama di seluruh semenanjung Malaysia.

Iklan

"Dengan adanya pertambahan ini, operasi Bas E-Mutiara akan meningkat kepada 120 trip sehari berbanding 90 pada hari-hari biasa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan zakat kepada anak-anak yatim dan golongan asnaf serta miskin di Depo E-Mutiara Panji, di sini pada Ahad.

Menurutnya, kesemua trip bas ini akan membawa masuk anak-anak perantau untuk pulang beraya di kampung halaman masing-masing.

Iklan

Beliau berkata, majoriti bas yang beroperasi ini melibatkan laluan Kuala Lumpur-Kota Bharu.

Che Ibrahim berkata, pihaknya tidak berdepan sebarang masalah apabila semua pemandu yang sebelum ini terpaksa 'berehat' akibat Covid-19 sudah kembali bertugas.

"Kesemua pemandu E-Mutiara telah bersiap sedia untuk melaksana tugas tersebut," katanya.

Dalam perkembangan lain, Che Ibarhim berkata, perkhidmatan Bas Mutiara Rentas Desa akan beroperasi seperti biasa.

"Perkhidmatan ini akan bermula selepas selesai solat Hari Raya Aidilfitri di semua laluan yang telah beroperasi," katanya.