Sabah himpit JDT, Kelantan pintas JDT II

Iklan
Amri meraikan jaringan bersama pemain Sabah lain ketika berdepan KDA di Likas. - Foto Sabah FC

PENYERANG sensasi Sabah FC, Amri Yahyah membuktikan dirinya masih berbisa apabila meledak hatrik ketika membantu The Rhinos menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC 4-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Tampil dengan misi memperkukuhkan tekanan terhadap pendahulu liga, bagaimanapun anak buah Datuk Ong Kim Swee terpaksa menunggu babak kedua untuk merobek gawang skuad Kenari kendalian Aidil Sharin Sahak.

Iklan
Iklan

Bekas peledak skuad kebangsaan itu menghadiahkan tiga gol bermula pada minit ke-51, 61 dan 72, manakala Park Tae-su juga mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-56.

Tiga mata di laman sendiri itu membolehkan The Rhinos mengekori rapat pendahulu liga Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan 12 mata selepas mengharungi enam perlawanan - JDT kurang dua perlawanan.

Iklan

Sementara itu, Negeri Sembilan FC turut melakar kemenangan apabila menewaskan Kuala Lumpur City (KL City) FC 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Dalam perlawanan Liga Premier pula, Kelantan FC memperkukuhkan cengkaman liga apabila mengatasi PDRM FC 3-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Iklan

Bagaimanapun, tuan rumah terlebih di depan menerusi jaringan Azrie Reza Zamri pada minit ketujuh perlawanan, sebelum The Red Warriors (TRW) menyamakan kedudukan pada minit ke-49 menerusi Nurshamil Ghani.

Nixon Guylherme kemudiannya melebarkan jaringan pelawat apabila menyumbat dua gol lagi pada minit ke-68 dan minit ke-85.

Sementara itu di Kuala Terengganu, perlawanan Terengganu FC (TFC) II dan Selangor FC 2 pula berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.