PENYANDANG juara dunia MotoGP, Fabio Quartararo meletakkan isu awal musimnya di belakangnya apabila meraih kemenangan selesa di Grand Prix (GP) Portugal.
Pelumba sensasi Yamaha itu menamatkan perlumbaan lebih lima saat di hadapan rakan senegara dari Perancis, Johann Zarco dari Ducati-Pramac.
Untuk rekod, ini merupakan kemenangan pertama Quartararo sejak tampil luar biasa di Silverstone pada Ogos lalu.
Sementara itu, Zarco, yang bermula dari petak pertama, ternyata tampil lebih berkeyakinan selepas pesaing terdekat Joan Mir dari Suzuki dan Jack Miller dari Ducati terlibat kemalangan ketika perlumbaan berbaki tujuh pusingan.
Dalam pada itu, pelumba kelahiran Itali, Enea Bastianini yang memulakan hujung minggu berstatus pendahulu kejuaraan, terbabas pada pusingan ke-10 ketika cuba mencabar tempat dalam kelompok 10 terbaik.
KEPUTUSAN:
1. Fabio Quartararo (Perancis/Yamaha) 0:41:39.611 saat (s)
2. Johann Zarco (Perancis/Ducati-Pramac) +5.409s
3. Aleix Espargaro (Itali/Aprilia) +6.068s
4. Alex Rins (Sepanyol/Suzuki) +9.633
5. Miguel Oliveira (Portugal/KTM) +13.573
6. Marc Marquez (Sepanyol/Honda) +16.163
7. Alex Marquez (Sepanyol/Honda-LCR) +16.183
8. Francesco Bagnaia (Itali/Ducati) +16.511
9. Pol Espargaro (Sepanyol/Honda) +16.769
10. Maverick Vinales (Sepanyol/Aprilia) +18.063
KEDUDUKAN:
1. Fabio Quartararo (Perancis/Yamaha), Alex Rins (Sepanyol/Suzuki) 69 mata
3. Aleix Espargaro (Sepanyol/Aprilia) 66 mata
4. Enea Bastianini (Itali/Ducati-Gresini) 61 mata
5. Johann Zarco (Perancis/Ducati-Pramac) 51 mata