Hanya 10 peratus anggota, pegawai polis di Pahang dibenar bercuti

Iklan
Ramli menyampaikan sumbangan kepada penggunaan jalan raya pada program Pencegahan Ketua Polis Pahang bersama masyarakat daerah Pekan.

KUANTAN - Hanya 10 peratus daripada lebih 6,000 pegawai dan anggota polis di Pahang dibenarkan bercuti sempena Aidilfitri kali ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, manakala selebihnya bertugas dan dalam mod bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang tempoh pergerakan besar-besaran orang ramai bercuti sempena musim perayaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penggiliran bercuti sama ada sebelum, semasa dan selepas Aidilfitri dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan tugasan membuat rondaan keselamatan, kawalan dan pencegahan jenayah di seluruh negeri.

"Kita di Pahang hanya benarkan 10 peratus anggota dan pegawai bercuti iaitu dianggarkan seramai 600 orang pada satu-satu masa.

Iklan

"Penggiliran cuti ini tidak akan menjadi satu masalah yang besar kerana semuanya berhak untuk bercuti sama ada sebelum, semasa atau selepas hari raya.

Kalau kita bagi serentak siapa hendak jaga keselamatan," katanya pada program Pencegahan Ketua Polis Pahang bersama masyarakat daerah Pekan di Pekarangan Masjid An-Nur di Pekan pada malam Ahad.

Iklan

Ramli memaklumkan Polis Pahang akan menumpukan kepada kawalan keselamatan harta benda di taman-taman perumahan dan keselamatan nyawa serta kelancaran pergerakan kenderaan di jalan raya ketika musim cuti perayaan itu.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya memaklumkan kepada polis jika meninggalkan rumah kediaman semasa cuti ini dengan mengisi borang balik kampung secara dalam talian atau hadir sendiri ke balai-balai yang berdekatan.

Jelasnya, dengan cara ini pemantauan dapat dilakukan dari semasa ke semasa, sekali gus dapat menjamin keselamatan harta benda orang ramai.