PM beri penghormatan terakhir kepada Ali Hamsa

Iklan
Ismail Sabri (tiga, kiri) menziarahi jenazah Ali di kediamannya di Presint 10, pada Isnin. Ali, 66, yang berkhidmat sebagai KSN ke-13 selama enam tahun dari 2012, meninggal dunia di Hospital Dublin, Ireland pada Khamis. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tan Sri Dr Ali Hamsa di kediaman bekas Ketua Setiausaha Negara itu di Presint 10 di sini.

Ismail Sabri tiba di rumah Ali kira-kira 9.42 pagi dan bertemu dengan ahli keluarga Allahyarham untuk bertanya khabar, sebelum meninggalkan kediaman tersebut pada kira-kira 10.06 pagi.

Iklan
Iklan

Turut menziarahi jenazah di kediaman antaranya Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan.

Ali, 66, yang berkhidmat sebagai KSN ke-13 selama enam tahun dari 2012, meninggal dunia di Hospital Dublin, Ireland pada 21 April lepas.

Iklan

Penerbangan yang membawa jenazah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada kira-kira 6.30 pagi dan jenazah dibawa ke rumah kira-kira pukul 8.26 pagi.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3 di sini untuk penghormatan terakhir di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni dari pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20. - Bernama

Iklan