KUALA LUMPUR - Bermula tahun ini, syarikat pengeluar produk minuman kesihatan Harqis Empire Sdn Bhd (Harqis Empire) menghadiahkan kereta mewah kepada ‘executive partner’ dan ‘master leader’ iaitu ejen jualan yang telah mencapai sasaran yang ditetapkan.
Sebagai permulaan, Harqis Empire menawarkan hadiah dua buah kereta mewah Mustang dan tiga Mercedez Benz A250 AMG Line kepada master leader dan executive partner.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nur Saidatul Akma Jamaruddin berkata, pemberian hadiah itu berdasarkan prestasi jualan produk selama tiga bulan berturut-turut yang telah dicapai dengan minimum RM200,000 sebulan.
"Mereka perlu mempunyai ciri-ciri yang boleh melahirkan leader baru. Dari situ juga prestasi mereka dilihat seterusnya akan dilantik sebagai ‘executive partner’ atau ‘master leader’,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian pada Majlis Iftar dan Pelancaran Rasmi XS Appetite Series 2022 yang berperisa coklat, caramel latte dan white coffe di ibu negara pada Sabtu.
Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Harqis Empire, Muhammad Aswadi Abdul Wahap.
Dalam majlis ini, seorang ‘executive partner’ dan ‘master leader’ dihadiahkan kereta mewah mustang dan tiga lagi mendapat Mercedez Benz A250 AMG Line.
Mengulas lanjut, Nur Saidatul Akma berkata, pihaknya berbangga dengan pencapaian mereka dan tidak pernah menyangka dirinya boleh melahirkan usahawan yang berjaya.
"Saya mulakan Harqis Empire dengan produk XS Perfect dari bawah. Saya tidak pernah sangka boleh lahirkan usahawan yang berjaya hingga dapat membuat jualan sehingga jutaan ringgit bersama-sama mereka,” katanya.
Komitmen padu
Sementara itu katanya, kira-kira 500 ejen stokis memberikan komitmen dalam penjualan produk Harqis Empire hingga berjaya melahirkan 52 orang ‘leader’ dan lima orang ‘elit circle’.
"’Elit circle’ mendapat bimbingan secara terus daripada saya untuk bantu mereka berkembang. Bermula dengan jualan RM14,000, mereka berkembang kepada RM20,000 sebulan sehinggalah ratusan ribu,” ujarnya.
Nur Saidatul Akma turut berharap agar dapat melahirkan lebih ramai usahawan serta membina kerjaya yang luar biasa bersama Harqis Empire.
Beliau juga berharap ‘leader’ sedia ada membantunya untuk membawa misi dan visi membantu orang lain mengubah nasib melalui perniagaan dalam talian.
Menyentuh mengenai kumpulan atau ejen yang belum mencapai sasaran jualan yang dimahukan, pihaknya menasihatkan agar mereka percaya kepada proses kerana semua pihak akan melalui perkara yang sama.
"Saya sebagai pengasas dan ‘leader-leader’ yang hebat di dalam Harqis Empire semuanya bermula daripada satu atau dua ‘parcel’.
"Bagi yang baru menyertai dan hanya membuat satu atau dua ‘parcel’ tetapi melihat kami yang menguruskan beratus-ratus atau beribu-ribu ‘parcel’ sehari mungkin merasa tidak layak.
"Jangan bimbang kerana kami juga bermula daripada jumlah kecil. Percaya pada diri sendiri untuk naik satu persatu tangga kejayaan, insya-ALLAH yang lain juga akan mencapai kejayaan yang sama. Jika tidak sekarang, tiga ke empat tahun akan datang,” jelasnya.
Peminat tersendiri
Nur Saidatul Akma teruja bercerita tentang produknya yang diibaratkannya sebagai ‘cendawan tumbuh selepas hujan’.
Katanya, XS Perfect mempunyai peminat yang tersendiri. Meskipun ada yang mencuba produk lain di pasaran, namun mereka akhirnya kembali kepada produk keluarannya.
Justeru, beliau amat yakin produk yang dihasilkan ini mempunyai kelebihan yang tersendiri.
"Bagi produk ini, saya gabungkan kopi dan coklat untuk diformulakan dengan bahan lain. Kedua-duanya boleh diminum walaupun kita sedang menurunkan berat badan,” katanya.
Beliau juga akan memfokuskan 100 peratus kepada produk minuman kesihatan dan penambahbaikan akan dibuat dari semasa ke semasa.
Reaksi penerima hadiah kereta
"Saya tak pernah termimpi nak pakai kereta mewah. Selain gembira, saya rasa sangat dihargai. Saya sudah lama bersama Nur Saidatul Akma dan ini adalah penghargaan yang paling besar. Saya mahu beri inspirasi kepada orang lain.” - Executive Partner, Wan Rahilah Wan Abdullah, 37
"Mula-mula memang tidak percaya. Saya tidak menyangka pengasas (Nur Saidatul Akma) nak beri kereta mewah. Saya amat bersyukur dengan pemberian ini.” - Master Leader, Nik Syazasafiza Nik Mansor, 32
"Sangat terkejut kerana tidak pernah diberitahu akan dapat kereta mewah. Kami cuma tahu akan ada ganjaran tahunan, tak sangka pula akan dapat ganjaran sebesar ini.” - Master Leader, Nur Deanna Amira Jamaruddin, 29
"Saya tak sangka beliau akan hadiahkan kereta mewah. Saya berniaga bukan semata-mata untuk dapat ganjaran tetapi mahu mencari pendapatan dan mengubah hidup serta mahu membahagiakan mak ayah saya.” - Master Leader, Nur Aiman Mat Ali, 26
"Saya sangat gembira dan seperti bermimpi. Biasanya orang yang memakai kereta Mustang ini adalah golongan seperti pengasas syarikat dan mempunyai produk sendiri.” - Master Leader, Nur Hidayatul Afiqah Muassyis, 29