Enam lokasi Jualan Semarak Syawal di Pahang

Iklan
Pasar Tani UTC Kuantan antara lokasi program Jualan Semarak Syawal di Pahang. - Foto FAMA Pahang

KUANTAN - Sebanyak enam lokasi dipilih untuk program Jualan Semarak Syawal peringkat negeri Pahang bermula 29 April hingga 2 Mei depan.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang, Saiful Sadri berkata, lokasi tersebut ialah Pasar Tani Benus, Bentong yang akan diadakan pada 29 April, Pasar Tani Kekal Jerantut (30 April) dan Pasar Tani Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Kuantan (1 Mei).

Iklan
Iklan

Menurutnya, bagi Pasar Tani Kekal Jengka, Pasar Tani Kekal Chini dan Pasar Tani Kekal Bera, Jualan Semarak Syawal ini berlangsung pada 2 Mei depan.

"Seramai 200 peniaga akan terlibat dalam program ini dan komoditi yang ditawarkan tertumpu kepada keperluan persiapan hari raya Aidilfitri seperti daging lembu, ayam proses,sayuran dan buahan, produk industri asas tani (melalui Agrobazaar Online) dan pelbagai keperluan yang lain," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Saiful berkata, bagi jualan melalui Agrobazaar Online, pelanggan boleh mendapatkan barangan yang dipesan di dua lokasi pungutan iaitu di Pasar Tani UTC, Kuantan pada 1 Mei depan mulai jam 8 pagi hingga 1 petang.

"Satu lagi lokasi pungutan pada program Sentuhan Kasih Aidilfitri di Wisma Belia Indera Mahkota pada 30 April mulai jam 8 pagi hingga 1 petang," katanya.

Iklan

Program Jualan Semarak Syawal bertujuan memberi peluang kepada usahawan mengadakan jualan semasa musim perayaan Aidilfitri ekoran permintaan tinggi pengguna untuk barangan keperluan hari raya.

Melalui program itu, pengguna boleh mendapatkan barangan keperluan perayaan Aidilfitri di outlet fizikal dengan penjimatan pembelian terus dari pengeluar.

Program Semarak Syawal peringkat Kebangsaan dirasmikan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di Medan Niaga Satok, Sarawak pada Ahad.