Pekerja balak bakar kereta polis direman tujuh hari

Iklan

KUANTAN - Seorang pekerja balak warga Indonesia yang dipercayai membakar kereta peronda polis ketika mengamuk di Kampung Selengkong Nenasi, Pekan, pada Sabtu direman tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin ketika dihubungi berkata, lelaki berusia 30-an itu direman bermula hari ini sehingga 1 Mei bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

Iklan
Iklan

Semalam, media melaporkan sebuah kereta peronda polis jenis Proton Waja terbakar angkara tindakan seorang pekerja balak yang mengamuk dalam kejadian sekitar 11 malam pada 23 April.

Polis sebelum itu menerima panggilan daripada penjaga tanah matau balak berhubung seorang lelaki sedang mengamuk di kawasan rumah kongsi, sebelum tiga anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian.

Iklan

Suspek juga telah bertindak agresif terhadap anggota polis tersebut dengan memukul dan mencederakan dua anggota sebelum bertindak masuk ke rumah kongsi serta mengambil satu objek menyala seperti api dan membalingnya ke dalam kenderaan polis.

Susulan itu, polis melaksanakan Op Kesan bagi menjejaki suspek sehingga berjaya diberkas sekitar 4.20 petang semalam berhampiran lokasi kejadian. - Bernama

Iklan