PUTRAJAYA - Jenazah bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Allahyarham Tan Sri Dr Ali Hamsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, di sini pada 2.45 petang tadi.
Jenazah sebelum itu disembahyangkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan diimamkan Imam Besar, Nor Azamir Alias yang disertai lebih 500 jemaah, selepas penghormatan terakhir yang diadakan di masjid berkenaan.