R&R PLUS dibuka 24 jam sehari sepanjang musim perayaan

Iklan
Semua R&R dan Hentian Sebelah Lebuhraya Utara Selatan dibuka 24 jam setiap hari sepanjang musim perayaan Aidilfitri. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Semua kawasan rehat dan rawat (R&R) dan Hentian Sebelah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dibuka 24 jam setiap hari untuk kemudahan serta keselesaan pelanggan lebuh raya sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, pihaknya akan menyediakan tandas tambahan dan lori tangki di R&R dan Hentian Sebelah bagi mengimbangi peningkatan jumlah pelanggan yang singgah di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Bagi menguruskan trafik di kawasan-kawasan rehat, PLUS juga akan mendapatkan khidmat pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela)," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata sekiranya kawasan rehat terlalu padat dan sesak sehingga memberi kesan kepada kelancaran perjalanan trafik di lebuh raya, ia mungkin terpaksa ditutup sementara sebelum dibuka secepat mungkin setelah keadaan kembali terkawal.

Iklan

Selain itu terdapat 109 stesen minyak beroperasi di sepanjang lebuh raya PLUS untuk memudahkan pelanggan mendapatkan makanan dan menggunakan tandas serta surau selain mengisi minyak.

PLUS menjangkakan lebih dua juta kenderaan akan menggunakan rangkaian lebuh rayanya antara 29 April hingga 9 Mei. - Bernama

Iklan