BATON ROUGE - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di negeri Louisiana, Amerika Syarikat (AS) menemui ajal selepas neneknya tergamak memaksa mangsa meminum sebotol whiskey.
Jurucakap polis di Baton Rouge, Sarjan L'Jean McKneely pada akhir minggu lalu berkata, suspek dikenali sebagai Roxanne Record, 53, dan ibu mangsa, Kadjah Record, 29, telah ditahan dan berdepan tuduhan melakukan pembunuhan darjah pertama.
Iklan
Iklan
Menurut waran tangkap yang dikeluarkan pihak berkuasa, kandungan alkohol dalam darah kanak-kanak itu adalah lebih lapan kali ganda lebih tinggi berbanding had dibenarkan untuk golongan dewasa memandu kenderaan.
"Ketika siasatan awal, ibu mangsa dikatakan hanya melihat anaknya diperlakukan seperti itu. Defendan berasa bersalah kerana bertindak melampaui batas dan mahu bertanggungjawab atas kematian mangsa," ujar kandungan waran tangkap itu lagi.
Difahamkan, butiran penuh tentang kejadian sebenar belum didedahkan kepada umum berikutan ia masih di bawah siasatan pihak berkuasa. - Agensi